BismillahirRahmanirRahim

Maksud ayat: "Dan hamba-hamba yang beriman itu berdoa Wahai Tuhan kami kurniakanlah untuk kami isteri-isteri kami dan anak-anak kami yang jadi penyejuk mata kami dan jadilah kami petuan orang-orang muttaqin"

surah al-Furqan: 74

Wednesday, September 22, 2010

inspirasi utk menjadi ibu mithali..aminn..

ku temui nukilan ini dari sebuah blog yg sgt informatif.....www.ibumithali.com

hayati nukilan ini....semoga aku juga nantinya seorang ibu yg mithali buat puteri2 ku...isteri yang soleha buat suamiku, anak yang baik terhadap orang tuaku...juga sorg muslimah yg menjalankan segala tanggungjawab dan hak...insyaAllah...

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.

:)

eid mubarak...

Salam lebaran, Alhamdulillah masih lagi disini menulis..ramadan yg mulia telah berlalu semoga apa yg telah ku amalkan sepanjang bulan rahmat itu tetap ku beristiqomah menekuninya sepanjang hayat ini,Ya Allah kuatkanlah semangatku ini, tetapkanlah pendirian, iman dan amalku semata-mata meraih CINTA-MU....

selepas membaca majalah solusi hari ini, ku sgt tertarik dengan mutiara kata ini...

"Sahl bin Abdullah berkata:"tanda cintakan Allah adalah cintakan Al-Quran.Tanda cintakan Al-Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan sunnah Rasul adalah cintakan akhirat.Tanda cintakan akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci dunia.Tanda membenci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup."

selamat hari raya, semoga kita mengerti maksud raya ini...

:)