BismillahirRahmanirRahim

Maksud ayat: "Dan hamba-hamba yang beriman itu berdoa Wahai Tuhan kami kurniakanlah untuk kami isteri-isteri kami dan anak-anak kami yang jadi penyejuk mata kami dan jadilah kami petuan orang-orang muttaqin"

surah al-Furqan: 74

Friday, December 17, 2010

inspirasi sebuah gambar :)


Bismillah..syukur Alhamdulillah pada Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat dan ketenangan disaat diri seakan tidak berdaya menahan ujian dariMu, ternyata benar mencintaiMu adalah penawar yang paling mujarab..menagih cintaMu Ya Allah semakin membuatkan daku lebih kuat membenteng diri dari hasutan syaitan...tiada yang lebih mendamaikan setelah apa yang dicari akhirnya ketemu..hilanglah segala resah dan gelisah..dalam kedamaian yang sedang aku rasakan ini terhasillah inspirasi dari sebuah foto yang amat ku sukai ini :)

Wednesday, October 6, 2010

Meraikan pernikahahan adik iparku...


Alhamdulillah, telah bertambah lagi ahli keluarga mertuaku Cikgu Jaafar Sidek & Mak Esah, selamat datang mokli hehehehe, panggilan buat isteri adeq li yang direka oleh encik ku.. sama cantik dan sama padan bagai pinang dibelah dua.

:) marilah kita doakan pengantin..Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jamaa baina kuma fi khair..

nama panggilan diri ini dalam keluarga mertuaku adalah mokrol sebab suamiku dipangggil pokrol jadinyer dia reka nama mokrol buatku..heh
ehe katanya baru ngam..macam2...

special treat, aku dah buat video klip gambar-gambar yang telah aku ambil sepanjang hari sewaktu kami di pulau rumput meraikan majlis pertunangan & pernikahan adeq li...suasana dirumah pengantin perempuan sangat "sweet" dengan warna merah jambu...meriah dan ceria...

yang paling meriah dan ceria hari tu adalah anak ku safiah hanan..bukan main seronok dia melasak sampai umi dia tak sempat nak amik gambar pokli dia akad nikah...huhuhu

apapun meh le kita layan video klip yang sempat dibuat khas untuk pengantin baru!



Wednesday, September 22, 2010

inspirasi utk menjadi ibu mithali..aminn..

ku temui nukilan ini dari sebuah blog yg sgt informatif.....www.ibumithali.com

hayati nukilan ini....semoga aku juga nantinya seorang ibu yg mithali buat puteri2 ku...isteri yang soleha buat suamiku, anak yang baik terhadap orang tuaku...juga sorg muslimah yg menjalankan segala tanggungjawab dan hak...insyaAllah...

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.

:)

eid mubarak...

Salam lebaran, Alhamdulillah masih lagi disini menulis..ramadan yg mulia telah berlalu semoga apa yg telah ku amalkan sepanjang bulan rahmat itu tetap ku beristiqomah menekuninya sepanjang hayat ini,Ya Allah kuatkanlah semangatku ini, tetapkanlah pendirian, iman dan amalku semata-mata meraih CINTA-MU....

selepas membaca majalah solusi hari ini, ku sgt tertarik dengan mutiara kata ini...

"Sahl bin Abdullah berkata:"tanda cintakan Allah adalah cintakan Al-Quran.Tanda cintakan Al-Quran adalah cintakan Nabi saw.Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.Tanda cintakan sunnah Rasul adalah cintakan akhirat.Tanda cintakan akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci dunia.Tanda membenci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup."

selamat hari raya, semoga kita mengerti maksud raya ini...

:)

Friday, August 27, 2010

Message To Muslim Sisters

salam, pagi2 ni ku mencari sedikit motivasi diri lalu ku temui vid yg menarik ini, tersentuh sungguh selepas melihat mesej yang sampaikan khusus buat wanita islam...banyak perubahan diri yang perlu di lakukan..anjakan paradigma perlu di lakukan kerana aku wanita islam..maka selepas melihat vid ini aku telah mendapat suntikan motivasi yang ku cari..terima Kasih pada Mu Ya Allah kerana nikmat Iman & Islam ini..


Thursday, August 26, 2010

Read Quran in Uthmani Script Online

Read Quran in Uthmani Script Online

Nuzul Quran, Aplikasi fungsi sebenar Quran dalam kehidupan kita..

bismillahirrahmanir
sedar tidak sedar kita telah pun mengharungi 16 hari di bulan yg penuh 'reward' dijanjikan Allah SWT ini, namun selama 16 hari ini jugalah secara peribadinya diri ini merasakan peritnya meniti hari2 yang penuh tragis yang telah berlaku sepanjang ramadan kali ini. Setiap hari di dada2 akhbar dan media masa mendedahkan kezaliman dan tingkah laku yg seolah hilang pedoman terjadi di dalam masyarakat kita hari ini, lebih2 lagi dikalangan umat Islam itu sendiri. Di bulan yang sepatutnya kita berjihad menundukkan hawa nafsu tetapi nyata kita telah ditundukkan oleh nafsu.Iman ini terlalu tipis dan rapuh sehingga dgn begitu mudah kita dikalahkan...adakah Allah telah murka dgn kita lalu ditarik nikmat keberkatan dan rahmatnya ke atas kita di bulan yg mulia ini?Ya Allah ampunkanlah kami yang selalu berbuat ainaya dan dosa, ampunkanlah kami dan rahmatilah kami Ya Allah....

16 hari telah meninggalkan kita, tiada lagi dapat di ulang hari2 itu...kini 17 Ramadan telah menjelma tarikh diperingati setiap muslim yang beriman.Ia bukan sekadar tarikh untuk memperingati tetapi yang paling penting pasakkanlah di dalam hati sempena tarikh ini kita berhijrah menjadi muslim yang bersungguh-sungguh akan mengaplikasikan Quran Al Karim sebagai panduan hidup disamping sunah Rasulullah saw.Marilah kita menanam rasa cinta kita kepada kitabullah ini dengan mempelajari dan mengkaji supaya kepincangan institusi ummah kini dapat diperbaiki dan ditambah nilai. Bermulalah hari ini...kerana mungkin esok tiada lagi....

Monday, August 16, 2010

ahlan wa sahlan Ya Ramadhan ..

Bismillah, setelah dekat berbulan blog ini sepi dari penulisan disebabkan kesibukan dengan urusan anak-anak, sedar x sedar kita dah memasuki bulan yg penuh kemuliaan ini, Alhamdulillah Allah masih memanjangkan umur ku untuk bertemu dengan mu wahai Ramadan yang penuh kemuliaan dan rahmat Allah..
Marilah kita memperbanyakkan berdoa dan melakukan ibadah sunat, semoga amal kita diterima di sisi Nya, saya nak berkongsi doa yang bole kita amalkan sepanjang bulan Ramadan Al mubarak ini..

Surah Ar-Rahman (1) -Mohammed Taha Al-Junaid

"Ya Allah yang Maha Pemurah, terima kasih atas kurniaan yang berlimpah di dalam hidupku, walaupun aku hamba Mu yang sering alpa dan lalai, ampunkan segala kesilapan ku,sesungguhnya tanpa cinta Mu aku tiada bisa menemukan cinta yang paling terindah di dalam hidup ku...."

Doaku agar kami sentiasa di dalam rahmat & redhaMu...pimpinlah hati2 kami ini agar sentiasa mengingati Mu dan bertasbih memuji Mu pada setiap waktu & ketika. Amin Ya Allah..

Wednesday, May 12, 2010

Ibu-ibu ku yang tersayang..."engkaulah ratu hatiku..

Bismillah & Alhamdulillah dikurniakan ibu-ibu yang pengasih dan perihatin, i love you! buat ibuku yang panggilan manja 'mak'dan ibu mertuaku yang ku panggil 'mok'--->(loghat orang kg batu hitam beserah)penulisan ini telah terhenti seketika disebabkan oleh 2 orang "pricess"ku telah dilanda demam disertai cirit-birit dan muntah.Hampir seminggu Hanan kami melepek keletihan sehinggakan berat badannya turun sedikit..sebelum ni kan dia guna lampin pakai buang saiz XXL sekarang dah turun XL. Raihan pula nasib baik tidak teruk seperti Hanan. Sudah pasti Allah tu Maha Pengasih & Penyayang lebih-lebih lagi kepada hambaNya yang baru berusia 5 bulan 4 hari ni..oh ya berbalik kepada tajuk asal,mak-mok ku yang tersayang..hehehe..

Ermm.. bukan sempena hari ibu sahaja kita perlu mengucapkan rasa sayang dan penghargaan tapi yang paling penting adalah tiap-tiap hari (kalau bole) seboleh-bolehnya menyantuni dan melayani mereka dengan perlakuan kita,itu yang sebaik-baiknya..kepada 'mak' yang jauh dimata tetapi dekat dihati semoga mak selalu dirahmati Allah selalu,terima kasih yang tidak terhingga atas kasih sayang dan jagaan semasa angah kecil sehinggalah sudah menjadi isteri ini,sudah pasti kasih ini tidak terputus sehingga bila2.Kepada 'mok' yang dekat di daerah ini juga dekat dihati, saya juga sangat berterima kasih kerana menerima seadanya saya didalam keluarga dan menyayangi sebagai anak menantu. Ternyata sangat bahagia apabila memiliki dua orang ibu yang mengasihi dan mengambil berat akan diri ini,suami dan anak cucu.Semoga anak2 ummi nanti akan bisa menyayangi dan meyantuni ummi pula kelak sehingga ummi di liang lahad degan iringan doa-doa anak solehah..amin..

sebenarnya banyak lagi nak diceritakan ini..tapi masa x mengizinkan..Insyaallah nanti kita sambung lagi..

Wednesday, April 21, 2010

cucu2 atok dan nenek..

Alhamdulillah 15/4 yang lalu adikku selamat melahirkan anak pertamanya,anak lelaki yang diberi nama Ahmad Mujahid, sama dengan kakak kembarnya yang bersalin pada bulan mac yang lalu juga anak lelaki ..jadinya sekarang mak dan abah dah ada 2 orang cucu lelaki dan 4 cucu perempuan.Cucu perempuan, 2 dari anak kami dan 2 lagi dari anak abang sulong kami. hehehehe bila balik raub tak cukup bilik nak 'check in' hahahaha..pakat bentang toto la ye...
windu nak balik kampung ni..hmmm dah nak gaji nih rasanyer...(sayang,kalau tak de aral minggu depan kita ballik temau ye!*wink3*)

Perkembangan Safiah Hanan
minggu lepas kami balik umah tok ngan aki hanan & raihan kat batu hitam, beserah.kat rumah kami tak ada TV,jd bila balik sana hanan dapat tengok cerita wonderpet kat Tv 9. Bila balik gambang,2-3 hari lepas tu hanan sering mengulang-ulang lagu tema citer tu--->((apa yang penting? kerjasama)) rasa tertekan jgk dengar suara dia yang "high pitched" tu.. lagi satu yang terbaru dia suka sangat menjerit-jerit,ini perkara biasa ker pada peringkat umur ini?....apapun teknik ulang2 tu berguna dan berkesan juga untuk mengasah ketepatan sebutan perbendaharaan kata yang dia pelajari dari cd dan VCD yang kami belikan buat dia...tapi yang teknik menjerit-jerit tu oh tidakkk..tahan ajer la telinga.

seterusnye perkembangan safiah nurraihan pulak, dia dah semakin galak bergolek-golek dan meniarap..sekarang dia dah pandai nak ajak kita borak2 dan temankan dia sembang2 hu aa hu aa ("_")comel sangat!...tapi yang tak syoknyer kalau kita tak duk dekat dia nangis la plak...tak ble jadi susah plak nak wat keje...fikir punya fikir akhirnya safiah nurraihan dah dapat geng borak baru-->hehehehe umi letak buku bergambar kakak dia punya!

Sunday, April 11, 2010

Nantilah....

dah lama tak menulis dalam blog ni..ini sebabnyer selalu sangat guna ayat 'nantilah..nanti punya nanti dah terhenti...hmmm raihan dah masuk 4 bulan 4hari,berat dia pun dah 7.2kg!.Sekarang dia dah pandai meniarap dan dah kenal orang.Kalau selain dari Umi dia yang dukung jawapnya uwaaaa lah! kakak hanan pulak dah 2 tahun 2 bulan,berat 14.5kg, lampin pakai buang dah saiz XXL..huhu Umi doa hanan cepat pandai gi tandas...apapun, alhamdulillah sekarang dia dah bole hafal surah Al Fatihah, walaupun bacaan dia masih belum jelas butirannya.

Saturday, March 13, 2010

kesabaran benar-benar menguji keimanan

Salaam, it's a day of redeco our home..hari yang sungguh gembira juga sungguh derita buatku..yang gembira cik abang belikan kabinet baru hohoho(thanks sayang!)...yang deritanyer aku perlu menahan rasa marah dengan kenakalan si hanan.pukul 3.30 ptg dia selalunya tidur pada waktu ini,tapi dia seolah dah tahu yang aku ada program.Lansung,terpaksalah buat kerja dengan kehadiran dia.Sabar aje la..betullah kesabaran benar-benar menguji keimanan kita,nakal adalah normal buat kanak-kanak yang aktif, tapi bagi yang hiperaktif lagi-lagilah bertambah tahap sabar perlu dipahat dalam hati...sebagai manusia memanglah kita tidak boleh lari dari rasa marah,geram,rimas dll dengan karenah anak-anak, tapi sebagai ibu atau bapa inilah yang perlu ditangani dengan bijaksana...memang betul "sayang isteri tinggal-tinggalkan ,sayang anak tangan-tangankan" namun perlulah cara yang berhikmah nak tangankan anak -anak..Ya Allah tambahkanlah kesabaran didalam segenap ruang hatiku,jangan kau biarkan walau sebesar zarah ruang kosong untuk amarah bertandang...Ya Allah, aku memohon padaMu dikurniakam sifat pemaaf yang memenuhi hatiku ,janganlah Kau biarkan sifat mazmumah bertapak walau sebesar zarah..amin Ya rabbal alamin..

Thursday, March 11, 2010

Selamat Datang & Selamat Tinggal...

Selamat datang anak saudarakul ke dunia ini dan selamat tinggal Tok Ngah yang dikasihi...insan datang dan pergi..semua adalah ketentuan ilahi..aku pula menghitung hari menanti penuh debar tibanya saat aku pula yang mengucapkan selamat tinggal.. 

Finally my own blog!

Thought that I could'nt do this..but hey finally i learned how to make one. It's simple than what I have imagine before...it's better late than never! Out dated???hahaha whatever!