BismillahirRahmanirRahim

Maksud ayat: "Dan hamba-hamba yang beriman itu berdoa Wahai Tuhan kami kurniakanlah untuk kami isteri-isteri kami dan anak-anak kami yang jadi penyejuk mata kami dan jadilah kami petuan orang-orang muttaqin"

surah al-Furqan: 74

Friday, August 27, 2010

Message To Muslim Sisters

salam, pagi2 ni ku mencari sedikit motivasi diri lalu ku temui vid yg menarik ini, tersentuh sungguh selepas melihat mesej yang sampaikan khusus buat wanita islam...banyak perubahan diri yang perlu di lakukan..anjakan paradigma perlu di lakukan kerana aku wanita islam..maka selepas melihat vid ini aku telah mendapat suntikan motivasi yang ku cari..terima Kasih pada Mu Ya Allah kerana nikmat Iman & Islam ini..


Thursday, August 26, 2010

Read Quran in Uthmani Script Online

Read Quran in Uthmani Script Online

Nuzul Quran, Aplikasi fungsi sebenar Quran dalam kehidupan kita..

bismillahirrahmanir
sedar tidak sedar kita telah pun mengharungi 16 hari di bulan yg penuh 'reward' dijanjikan Allah SWT ini, namun selama 16 hari ini jugalah secara peribadinya diri ini merasakan peritnya meniti hari2 yang penuh tragis yang telah berlaku sepanjang ramadan kali ini. Setiap hari di dada2 akhbar dan media masa mendedahkan kezaliman dan tingkah laku yg seolah hilang pedoman terjadi di dalam masyarakat kita hari ini, lebih2 lagi dikalangan umat Islam itu sendiri. Di bulan yang sepatutnya kita berjihad menundukkan hawa nafsu tetapi nyata kita telah ditundukkan oleh nafsu.Iman ini terlalu tipis dan rapuh sehingga dgn begitu mudah kita dikalahkan...adakah Allah telah murka dgn kita lalu ditarik nikmat keberkatan dan rahmatnya ke atas kita di bulan yg mulia ini?Ya Allah ampunkanlah kami yang selalu berbuat ainaya dan dosa, ampunkanlah kami dan rahmatilah kami Ya Allah....

16 hari telah meninggalkan kita, tiada lagi dapat di ulang hari2 itu...kini 17 Ramadan telah menjelma tarikh diperingati setiap muslim yang beriman.Ia bukan sekadar tarikh untuk memperingati tetapi yang paling penting pasakkanlah di dalam hati sempena tarikh ini kita berhijrah menjadi muslim yang bersungguh-sungguh akan mengaplikasikan Quran Al Karim sebagai panduan hidup disamping sunah Rasulullah saw.Marilah kita menanam rasa cinta kita kepada kitabullah ini dengan mempelajari dan mengkaji supaya kepincangan institusi ummah kini dapat diperbaiki dan ditambah nilai. Bermulalah hari ini...kerana mungkin esok tiada lagi....

Monday, August 16, 2010

ahlan wa sahlan Ya Ramadhan ..

Bismillah, setelah dekat berbulan blog ini sepi dari penulisan disebabkan kesibukan dengan urusan anak-anak, sedar x sedar kita dah memasuki bulan yg penuh kemuliaan ini, Alhamdulillah Allah masih memanjangkan umur ku untuk bertemu dengan mu wahai Ramadan yang penuh kemuliaan dan rahmat Allah..
Marilah kita memperbanyakkan berdoa dan melakukan ibadah sunat, semoga amal kita diterima di sisi Nya, saya nak berkongsi doa yang bole kita amalkan sepanjang bulan Ramadan Al mubarak ini..

Surah Ar-Rahman (1) -Mohammed Taha Al-Junaid

"Ya Allah yang Maha Pemurah, terima kasih atas kurniaan yang berlimpah di dalam hidupku, walaupun aku hamba Mu yang sering alpa dan lalai, ampunkan segala kesilapan ku,sesungguhnya tanpa cinta Mu aku tiada bisa menemukan cinta yang paling terindah di dalam hidup ku...."

Doaku agar kami sentiasa di dalam rahmat & redhaMu...pimpinlah hati2 kami ini agar sentiasa mengingati Mu dan bertasbih memuji Mu pada setiap waktu & ketika. Amin Ya Allah..