BismillahirRahmanirRahim

Maksud ayat: "Dan hamba-hamba yang beriman itu berdoa Wahai Tuhan kami kurniakanlah untuk kami isteri-isteri kami dan anak-anak kami yang jadi penyejuk mata kami dan jadilah kami petuan orang-orang muttaqin"

surah al-Furqan: 74

Wednesday, May 12, 2010

Ibu-ibu ku yang tersayang..."engkaulah ratu hatiku..

Bismillah & Alhamdulillah dikurniakan ibu-ibu yang pengasih dan perihatin, i love you! buat ibuku yang panggilan manja 'mak'dan ibu mertuaku yang ku panggil 'mok'--->(loghat orang kg batu hitam beserah)penulisan ini telah terhenti seketika disebabkan oleh 2 orang "pricess"ku telah dilanda demam disertai cirit-birit dan muntah.Hampir seminggu Hanan kami melepek keletihan sehinggakan berat badannya turun sedikit..sebelum ni kan dia guna lampin pakai buang saiz XXL sekarang dah turun XL. Raihan pula nasib baik tidak teruk seperti Hanan. Sudah pasti Allah tu Maha Pengasih & Penyayang lebih-lebih lagi kepada hambaNya yang baru berusia 5 bulan 4 hari ni..oh ya berbalik kepada tajuk asal,mak-mok ku yang tersayang..hehehe..

Ermm.. bukan sempena hari ibu sahaja kita perlu mengucapkan rasa sayang dan penghargaan tapi yang paling penting adalah tiap-tiap hari (kalau bole) seboleh-bolehnya menyantuni dan melayani mereka dengan perlakuan kita,itu yang sebaik-baiknya..kepada 'mak' yang jauh dimata tetapi dekat dihati semoga mak selalu dirahmati Allah selalu,terima kasih yang tidak terhingga atas kasih sayang dan jagaan semasa angah kecil sehinggalah sudah menjadi isteri ini,sudah pasti kasih ini tidak terputus sehingga bila2.Kepada 'mok' yang dekat di daerah ini juga dekat dihati, saya juga sangat berterima kasih kerana menerima seadanya saya didalam keluarga dan menyayangi sebagai anak menantu. Ternyata sangat bahagia apabila memiliki dua orang ibu yang mengasihi dan mengambil berat akan diri ini,suami dan anak cucu.Semoga anak2 ummi nanti akan bisa menyayangi dan meyantuni ummi pula kelak sehingga ummi di liang lahad degan iringan doa-doa anak solehah..amin..

sebenarnya banyak lagi nak diceritakan ini..tapi masa x mengizinkan..Insyaallah nanti kita sambung lagi..